Saturday 20 October 2018

PROGRAM HARI EKSA MSWP KUALA LUMPUR


19hb Okt, Jumaat (Petang) – Program Hari EKSA bagi atucara sebelah petang pula telah diadakan Kempen Go Green: Waste & Wise (Jualan Bahan Kitar Semula). Bagi melancarkan perjalanan atucara ini, setiap zon telah disarankan untuk mengumpul bahan atau barangan yang boleh dikitar semula semasa aktiviti Gotong Royong EKSA pada 12hb Okt 2018.
Seterusnya pengumpulan bahan/ barangan kitar semula di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di perkarangan MRS Aras 1 oleh setiap zon bermula selepas berakhirnya program hari EKSA di Dewan Seminar, Aras 4. Aktiviti timbang, kira dan jual bahan kitar semula bersama Pengusaha barangan lusuh telah berlangsung pada pukul 3.00 petang.







Program jualan ini berakhir pada pukul 4.00 petang dengan penyerahan hasil jualan bahan kitar semula yang telah diperolehi setiap Zon oleh pengusaha barangan lusuh kepada Jawatankuasa Promosi EKSA.





No comments:

Post a Comment