Saturday 20 October 2018

PROGRAM HARI EKSA MSWP KUALA LUMPUR



19hb Okt, Jumaat (Pagi) -  Jawatankuasa Promosi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP KL) telah menganjurkan Program “Hari EKSA”. Program Hari EKSA ini telah diadakan selama satu hari di mana melibatkan atucara sebelah pagi dan petang.


Atucara pada sebelah pagi dimulakan dengan taklimat berhubung gerak kerja dan pelaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan di MSWP KL oleh Penyelaras EKSA MSWP KL iaitu Puan Nor Nazila binti Dollah.


Seterusnya program diserikan dengan tayangan multimedia berdurasi selama 05 minit yang memaparkan gerak kerja dan penglibatan setiap zon dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi.

Program Hari EKSA ini turut disempurnakan dengan pengisian slot Pengiktirafan EKSA di mana pengiktirafan diberikan kepada Zon-Zon EKSA atau warga MSWP KL sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan penglibatan yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran Jawatankuasa Promosi.  Antara pengiktirafan yang diberikan adalah Anugerah Zon Terbaik, Anugerah Go Green Terbaik dan Anugerah Workstation (Bilik Pegawai) & (Bilik/kubikel Kakitangan) MSWP KL Terbaik. Penyampaian anugerah-anugerah ini telah disempurnakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Mohammad Hizwan bin Mohamed Noor diiringi Pendaftar MSWP KL, Puan Siti Fatimah binti Ahmad Maulana dan Puan Nor Nazila binti Dollah.
Bagi Anugerah Go Green Terbaik, pengiktirafan ini diberikan kepada semua Zon berdasarkan Star Rating dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hasil jualan bahan Kitar Semula yang  telah diperolehi oleh setiap Zon melalui Kempen Go Green: Penjualan Bahan Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi pada 19/2/2016, 7/4/2017 dan 23/2/2018. Di samping itu, penilaian ini turut mengambil kira kekreatifan Zon dalam menyediakan sudut recycle dengan menggunakan bahan terpakai. 


Zon Al-Uruf 



Zon Al-Ijmak



Zon Al-Istihsan                            Zon Al-Qiyas




Bagi Anugerah Ruang Kerja (Workstation) Terbaik, Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Workstation Terbaik (Kategori Bilik Pegawai) dan Workstation Terbaik (Kategori Bilik/Kubikel Kakitangan) MSWP KL. Auditan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA bermula pada 2/10/2018 sehingga 8/10/2018.


Penerima-penerima anugerah ini telah menerima cenderamata berupa plaque, sijil penghargaan dan stiker Best Practice.


Gambar: Anugerah Workstation Terbaik (Kategori Bilik Pegawai) – Puan Noormawati binti Mohd Zaini




Gambar: Anugerah Workstation Terbaik (Kategori Bilik/ Kubikel Kakitangan) – Puan Ilyana binti Mat Nawi.


Seterusnya bagi penyampaian Anugerah Zon Terbaik pula, pemilihan Zon Al-Uruf sebagai Zon Terbaik adalah berdasarkan kepada pemarkahan audit dalam Siri 1 dan Siri 2 yang telah dinilai oleh Jawatankuasa Audit MSWP KL, komitmen, penglibatan dan pencapaian zon ini dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA. Penerima anugerah ini telah menerima hadiah berupa Wang Tunai dan Sijil Penghargaan.


Program Hari EKSA MSWP KL bagi slot sebelah pagi berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan bersambung untuk slot sebelah petang iaitu Kempen Go Green: Waste & Wise (Jualan Bahan Kitar Semula) pada pukul 3.00 petang. Jawatankuasa Promosi mewakili Jawatankuasa Pelaksana EKSA merakamkan penghargaan kepada semua warga MSWP KL dalam sama-sama memeriahkan dan menjayakan program ini.


No comments:

Post a Comment