Tuesday 27 November 2018



TARIKH-TARIKH MESYUARAT JAWATANKUASA PROMOSI EKSA

BIL
 PERKARA/ TAHUN
 TARIKH & TEMPAT

2015


1.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 1/2015
8hb April 2015/ Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
2.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 2/2015
5hb Jun 2015 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
3.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 3/2015
25hb Ogos 2015 / Bilik Mesyuarat Utama, MSWP KL
4.
Mesyuarat  Jkuasa Promosi Bil. 4/2015
17hb November 2015 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL

2016


5.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 1/2016
13hb Januari 2016 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
6.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 2/2016
28hb Januari 2016 / Bilik Mesyuarat Utama, MSWP KL
7.
Mesyuarat khas Jawatankuasa Promosi khusus prog kempen Go Green.
18hb Februari 2016 / Bilik Pegawai Penyelidik, MSWP KL
8.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 3/2016
25hb Mac 2016 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
9.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 4/2016
20hb April 2016 / Kamar Hakim, Aras 5 MSWP KL
10.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 5/2016
29hb Julai 2016 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
11.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 6/2016
06hb Oktober 2016 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL

2017


12.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 1/2017
22hb Februari 2017 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL

2018


13.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 1/2018
28hb September 2018 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL
14.
Mesyuarat  Jawatankuasa Promosi Bil. 2/2018
11hb Oktober 2018 / Bilik Mesyuarat Sulh, MSWP KL


Friday 26 October 2018

SERAHAN HASIL (WANG) JUALAN BAHAN/BARANGAN KITAR SEMULA KEPADA WAKIL ZON



Tarikh : 26 – 30hb Oktober 2018

Rentetan daripada Kempen Go Green: Waste & Wise: Jualan Bahan Kitar semula anjuran Jawatankuasa Promosi yang telah dilaksanakan pada 19hb Oktober 2018, bermula pada 26 – 30hb Oktober 2018 serahan hasil (wang) jualan yang telah diperolehi oleh setiap zon telah diagihkan kepada wakil zon. Jumlah hasil jualan setiap zon adalah sebagaimana yang berikut:-

i)             Zon Al-Uruf telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM58.35
ii)           Zon Al-Istihsan telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM35.45
iii)          Zon Al-Qiyas pula telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM10.60, dan
iv)          Zon Al-Ijmak telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM14.90

Berdasarkan jumlah yang tersenarai di atas, Zon Al-Uruf telah berjaya mendapat hasil jualan terbanyak berbanding zon-zon yang lain.







Saturday 20 October 2018

PROGRAM HARI EKSA MSWP KUALA LUMPUR


19hb Okt, Jumaat (Petang) – Program Hari EKSA bagi atucara sebelah petang pula telah diadakan Kempen Go Green: Waste & Wise (Jualan Bahan Kitar Semula). Bagi melancarkan perjalanan atucara ini, setiap zon telah disarankan untuk mengumpul bahan atau barangan yang boleh dikitar semula semasa aktiviti Gotong Royong EKSA pada 12hb Okt 2018.
Seterusnya pengumpulan bahan/ barangan kitar semula di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di perkarangan MRS Aras 1 oleh setiap zon bermula selepas berakhirnya program hari EKSA di Dewan Seminar, Aras 4. Aktiviti timbang, kira dan jual bahan kitar semula bersama Pengusaha barangan lusuh telah berlangsung pada pukul 3.00 petang.







Program jualan ini berakhir pada pukul 4.00 petang dengan penyerahan hasil jualan bahan kitar semula yang telah diperolehi setiap Zon oleh pengusaha barangan lusuh kepada Jawatankuasa Promosi EKSA.





PROGRAM HARI EKSA MSWP KUALA LUMPUR



19hb Okt, Jumaat (Pagi) -  Jawatankuasa Promosi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP KL) telah menganjurkan Program “Hari EKSA”. Program Hari EKSA ini telah diadakan selama satu hari di mana melibatkan atucara sebelah pagi dan petang.


Atucara pada sebelah pagi dimulakan dengan taklimat berhubung gerak kerja dan pelaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan di MSWP KL oleh Penyelaras EKSA MSWP KL iaitu Puan Nor Nazila binti Dollah.


Seterusnya program diserikan dengan tayangan multimedia berdurasi selama 05 minit yang memaparkan gerak kerja dan penglibatan setiap zon dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi.

Program Hari EKSA ini turut disempurnakan dengan pengisian slot Pengiktirafan EKSA di mana pengiktirafan diberikan kepada Zon-Zon EKSA atau warga MSWP KL sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan penglibatan yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran Jawatankuasa Promosi.  Antara pengiktirafan yang diberikan adalah Anugerah Zon Terbaik, Anugerah Go Green Terbaik dan Anugerah Workstation (Bilik Pegawai) & (Bilik/kubikel Kakitangan) MSWP KL Terbaik. Penyampaian anugerah-anugerah ini telah disempurnakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Mohammad Hizwan bin Mohamed Noor diiringi Pendaftar MSWP KL, Puan Siti Fatimah binti Ahmad Maulana dan Puan Nor Nazila binti Dollah.
Bagi Anugerah Go Green Terbaik, pengiktirafan ini diberikan kepada semua Zon berdasarkan Star Rating dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hasil jualan bahan Kitar Semula yang  telah diperolehi oleh setiap Zon melalui Kempen Go Green: Penjualan Bahan Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi pada 19/2/2016, 7/4/2017 dan 23/2/2018. Di samping itu, penilaian ini turut mengambil kira kekreatifan Zon dalam menyediakan sudut recycle dengan menggunakan bahan terpakai. 


Zon Al-Uruf 



Zon Al-Ijmak



Zon Al-Istihsan                            Zon Al-Qiyas




Bagi Anugerah Ruang Kerja (Workstation) Terbaik, Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Workstation Terbaik (Kategori Bilik Pegawai) dan Workstation Terbaik (Kategori Bilik/Kubikel Kakitangan) MSWP KL. Auditan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA bermula pada 2/10/2018 sehingga 8/10/2018.


Penerima-penerima anugerah ini telah menerima cenderamata berupa plaque, sijil penghargaan dan stiker Best Practice.


Gambar: Anugerah Workstation Terbaik (Kategori Bilik Pegawai) – Puan Noormawati binti Mohd Zaini




Gambar: Anugerah Workstation Terbaik (Kategori Bilik/ Kubikel Kakitangan) – Puan Ilyana binti Mat Nawi.


Seterusnya bagi penyampaian Anugerah Zon Terbaik pula, pemilihan Zon Al-Uruf sebagai Zon Terbaik adalah berdasarkan kepada pemarkahan audit dalam Siri 1 dan Siri 2 yang telah dinilai oleh Jawatankuasa Audit MSWP KL, komitmen, penglibatan dan pencapaian zon ini dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA. Penerima anugerah ini telah menerima hadiah berupa Wang Tunai dan Sijil Penghargaan.


Program Hari EKSA MSWP KL bagi slot sebelah pagi berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan bersambung untuk slot sebelah petang iaitu Kempen Go Green: Waste & Wise (Jualan Bahan Kitar Semula) pada pukul 3.00 petang. Jawatankuasa Promosi mewakili Jawatankuasa Pelaksana EKSA merakamkan penghargaan kepada semua warga MSWP KL dalam sama-sama memeriahkan dan menjayakan program ini.


Monday 15 October 2018

AKTIVITI GOTONG ROYONG EKSA



Bermula pada tahun 2015 sehingga 2018, beberapa siri Gotong Royong EKSA telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi. Gambar-gambar berikut memaparkan penglibatan, kerjasama serta komitmen yang telah diberikan oleh setiap zon dalam merealisasikan hasrat Jabatan ke arah pensijilan EKSA.