Tuesday 18 April 2017

SERAHAN HASIL JUALAN BAHAN KITAR SEMULA (PROGRAM WASTE WISE)

Rentetan daripada pelaksanaan Kempen Go Green Siri 3: Program Waste Wise (Jualan Bahan Kitar Semula) yang telah diadakan pada 07hb April 2017 (Jumaat), Jawatankuasa Promosi telah melakukan penyerahan hasil jualan tersebut kepada wakil  setiap zon.

Berdasarkan rekod jualan bahan kitar semula yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Promosi ketika kempen berkenaan berlangsung, zon Al-Uruf telah berjaya memperolehi hasil jualan tertinggi iaitu sebanyak RM112.35, manakala zon Al-Ijmak telah menduduki tempat kedua dengan mendapat hasil jualan sebanyak RM70.20. Seterusnya zon Al-Qiyas berjaya mengutip hasil jualan sebanyak RM46.25 dan zon Al-Istihsan pula memperolehi hasil jualan sebanyak RM17.25.

Jawatankuasa Promosi berharap dengan adanya kempen Go Green sebegini dapat menimbulkan kesedaran kepada warga MSWP tentang peri pentingnya amalan kitar semula diterapkan dalam kehidupan seharian. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua warga  MSWP yang terlibat dalam sama-sama menjayakan kempen ini.




Gambar kiri kanan : Serahan hasil jualan kepada wakil zon Al-Uruf dan Al-Ijmak






Gambar kiri dan kanan : serahan hasil jualan kepada wakil zon Al-Qiyas dan Al-Istihsan


No comments:

Post a Comment