Saturday 8 April 2017

KEMPEN GO GREEN [SIRI 4] PROGRAM “WASTE WISE”: JUALAN BAHAN KITAR SEMULA

Jawatankuasa Promosi EKSA MSWP Kuala Lumpur telah menganjurkan Program “Waste Wise” : Jualan Bahan Kitar Semula dalam usaha memupuk kesedaran kepada wargakerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur berhubung kepentingan amalan kitar semula terhadap pemeliharaan alam sekitar. Pada masa yang sama, penglibatan zon EKSA dalam program ini dapat memberi keuntungan kepada mereka kerana hasil kutipan terhadap jualan bahan tersebut adalah sepenuhnya milik setiap zon bagi tujuan penambahbaikan zon masing-masing. 

Program ini telah diadakan pada 07hb April 2017 (Jumaat) dimulai dengan sesi pengumpulan bahan kitar semula oleh setiap zon di tempat yang telah ditetapkan iaitu di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah WP, Aras 1 bermula seawal 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.






Seterusnya sesi kedua iaitu aktiviti penjualan bahan kitar semula telah dijalankan pada pukul 3.00 petang di mana pihak jawatankuasa promosi telah mendapatkan kerjasama daripada pengusaha barang lusuh.







Bagi menyuntik semangat dan memberikan galakan kepada penglibatan setiap zon terhadap program ini, Jawatankuasa Promosi telah mewawarkan bahawa rekod kutipan jualan tersebut akan menjadi salah satu pemarkahan yang akan di ambil kira bagi pertandingan Zon Terbaik dan Anugerah Icon Go Green.





Program ini berakhir sekitar 4.30 petang dengan disudahi acara pemberian hasil jualan oleh Pengusahan barang lusuh kepada Jawatankuasa Promosi. Jawatankuasa Promosi merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh wargakerja MSWP Kuala Lumpur atas kerjasama dan penglibatan masing-masing dalam menjayakan Program Waste Wise ini.

No comments:

Post a Comment