Tuesday 18 April 2017

SERAHAN HASIL JUALAN BAHAN KITAR SEMULA (PROGRAM WASTE WISE)

Rentetan daripada pelaksanaan Kempen Go Green Siri 3: Program Waste Wise (Jualan Bahan Kitar Semula) yang telah diadakan pada 07hb April 2017 (Jumaat), Jawatankuasa Promosi telah melakukan penyerahan hasil jualan tersebut kepada wakil  setiap zon.

Berdasarkan rekod jualan bahan kitar semula yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Promosi ketika kempen berkenaan berlangsung, zon Al-Uruf telah berjaya memperolehi hasil jualan tertinggi iaitu sebanyak RM112.35, manakala zon Al-Ijmak telah menduduki tempat kedua dengan mendapat hasil jualan sebanyak RM70.20. Seterusnya zon Al-Qiyas berjaya mengutip hasil jualan sebanyak RM46.25 dan zon Al-Istihsan pula memperolehi hasil jualan sebanyak RM17.25.

Jawatankuasa Promosi berharap dengan adanya kempen Go Green sebegini dapat menimbulkan kesedaran kepada warga MSWP tentang peri pentingnya amalan kitar semula diterapkan dalam kehidupan seharian. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua warga  MSWP yang terlibat dalam sama-sama menjayakan kempen ini.




Gambar kiri kanan : Serahan hasil jualan kepada wakil zon Al-Uruf dan Al-Ijmak






Gambar kiri dan kanan : serahan hasil jualan kepada wakil zon Al-Qiyas dan Al-Istihsan


Saturday 8 April 2017

KEMPEN GO GREEN [SIRI 4] PROGRAM “WASTE WISE”: JUALAN BAHAN KITAR SEMULA

Jawatankuasa Promosi EKSA MSWP Kuala Lumpur telah menganjurkan Program “Waste Wise” : Jualan Bahan Kitar Semula dalam usaha memupuk kesedaran kepada wargakerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur berhubung kepentingan amalan kitar semula terhadap pemeliharaan alam sekitar. Pada masa yang sama, penglibatan zon EKSA dalam program ini dapat memberi keuntungan kepada mereka kerana hasil kutipan terhadap jualan bahan tersebut adalah sepenuhnya milik setiap zon bagi tujuan penambahbaikan zon masing-masing. 

Program ini telah diadakan pada 07hb April 2017 (Jumaat) dimulai dengan sesi pengumpulan bahan kitar semula oleh setiap zon di tempat yang telah ditetapkan iaitu di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah WP, Aras 1 bermula seawal 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.






Seterusnya sesi kedua iaitu aktiviti penjualan bahan kitar semula telah dijalankan pada pukul 3.00 petang di mana pihak jawatankuasa promosi telah mendapatkan kerjasama daripada pengusaha barang lusuh.







Bagi menyuntik semangat dan memberikan galakan kepada penglibatan setiap zon terhadap program ini, Jawatankuasa Promosi telah mewawarkan bahawa rekod kutipan jualan tersebut akan menjadi salah satu pemarkahan yang akan di ambil kira bagi pertandingan Zon Terbaik dan Anugerah Icon Go Green.





Program ini berakhir sekitar 4.30 petang dengan disudahi acara pemberian hasil jualan oleh Pengusahan barang lusuh kepada Jawatankuasa Promosi. Jawatankuasa Promosi merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh wargakerja MSWP Kuala Lumpur atas kerjasama dan penglibatan masing-masing dalam menjayakan Program Waste Wise ini.

Saturday 14 January 2017

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA SIRI 1 TAHUN 2017




Pada 3hb Ogos 2016 telah berlangsung Pra-Audit EKSA oleh Puan Kamaliah selaku fasilitator EKSA MSWP Kuala Lumpur. Manakala pada 4hb & 5hb Ogos 2016 pula telah berlangsung Audit Dalam Siri 1 EKSA oleh Pasukan Audit MSWP Kuala Lumpur yang diketuai oleh Puan Rafidah binti Ab Razak selaku Ketua Jawatankuasa Audit.

Berdasarkan hasil laporan dan teguran audit yang telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA MSWP Kuala Lumpur pada 27hb Disember 2016, Jawatankuasa Promosi telah mengambil inisiatif mengadakan Gotong Royong Perdana EKSA Siri 1/2017 bagi tujuan penambahbaikan hasil teguran pra-audit dan audit dalam tersebut yang perlu diambil tindakan segera oleh setiap zon. Sehubungan itu, pada 13hb Januari 2017 aktiviti Gotong Royong telah diadakan.



Antara aktiviti penambahbaikan yang telah dilakukan oleh zon.