Susulan dari Gotong-Royong Perdana Eksa siri pertama yang dijalankan pada bulan April yang lalu, Jawatan Kuasa Promosi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana EKSA siri kedua pada 11hb Disember 2015.
Program ini telah melibatkan semua warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Ketua Jabatan iaitu YAA. Dato’ Mahammad bin Ibrahim.
Sasaran Gotong Royong kali ini masih tertumpu kepada penyisihan semua element 5S yang masih lagi terdapat di setiap zon termasuk logo 5S terdahulu. Selain itu, gotong royong ini juga turut menyasarkan kepada setiap zon untuk meningkatkan tahap kesedaran “Go-Green” dengan langkah mengasingkan kertas-kertas dan barangan-barangan yang boleh dikitar semula. Setiap zon diarahkan untuk menyedia satu sudut “Go-Green” dan tempat pengumpulan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
GAMBAR AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA EKSA MSWPKL SIRI KEDUA TAHUN 2015
No comments:
Post a Comment