Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini.
Sehubungan itu,
buat julung-julung kalinya pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)
Kuala Lumpur telah melancarkan logo dan slogan EKSA yang baharu bagi
menggantikan logo dan slogan amalan 5S yang diamalkan sebelum ini. Majlis
pelancaran logo dan slogan EKSA ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Mahammad
bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan
bertempat di Dewan Persidangan MSWP Kuala Lumpur pada 31hb Julai 2015.
Majlis turut
dihadiri oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan-tuan Hakim Mahkamah
Rendah Syariah, Pegawai-pegawai Kanan seterusnya kakitangan mahkamah MSWP Kuala
Lumpur.
Majlis
pelancaran logo dan slogan EKSA ini adalah hasil usaha Jawatankuasa Unit
Promosi EKSA yang telah menganjurkan pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA
bagi mengcungkil bakat terpendam dan kreativiti yang ada dikalangan pegawai dan
kakitangan di MSWP Kuala Lumpur bermula pada 15 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015.
Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan
MSWP Kuala Lumpur. Untuk memudahkan penjurian, maka satu jawatankuasa penilai
telah dilantik dalam pertandingan ini. Ia diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie,
Ketua Pendaftar dan Pendaftar MSWP.
Pertandingan
yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pegawai
dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Hasil penelitian melalui juri telah mendapati
bahawa hasil kreativiti Puan Nurhidayah binti Zulkipli, Pembantu Syariah, Dewan
8, Mahkamah Rendah Syariah MSWP telah terpilih dan memenangi bagi kategori Logo
EKSA, MSWP. Manakala bagi kategori Slogan EKSA MSWP telah dimenangi oleh Tuan
Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Kanan dari Seksyen
Sulh, MSWP dengan slogannya “Persekitaran
Konduksif, Perkhidmatan Produktif”. Selain itu YAA Datuk, Ketua Hakim Syarie MSWP turut menyampaikan hadiah
berupa wang tunai berserta sijil kepada para pemenang dan sijil penyertaan
kepada semua peserta yang terlibat.
Diakhir majlis pelancaran tersebut, satu persembahan montaj telah
dipaparkan kepada semua para hadirin bagi menyeramakkan lagi semangat kerjasama
dan kesepakatan dikalangan kakitangan MSWP dalam mengamalkan
amalan persekitaran yang kreatif dan kondusif selari dengan matlamat jabatan.
No comments:
Post a Comment