Tuesday 27 February 2018

SERAHAN HASIL (WANG) JUALAN BAHAN KITAR SEMULA KEPADA ZON



Rentetan daripada Kempen Go Green : Waste Wise (Jualan Bahan Kitar Semula) yang telah dijalankan pada 23hb Februari 2018 anjuran Jawatankuasa Promosi dengan kerjasama Unit Integriti MSWP Kuala Lumpur, bermula 26 – 28 hb Februari 2018  Jawatankuasa Promosi telah membuat serahan wang jualan berserta sesalinan resit jualan kepada wakil setiap zon berdasarkan jumlah yang berjaya mereka perolehi sebagaimana berikut:

i)                    Zon Al-Uruf telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM95.90;
ii)                  Zon Al-Qiyas memperolehi hasil jualan sebanyak RM42.10;
iii)                Zon Al-Ijmak memperolahi hasil jualan sejumlah RM50.00; dan
iv)                Zon Al-Istihsan memperolehi hasil jualan sejumlah RM14.10.




Saturday 24 February 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG EKSA SIRI 3/2017 & KEMPEN GO GREEN SIRI 4: WASTE WISE (JUALAN BAHAN KITAR SEMULA)




Jawatankuasa Promosi dengan kerjasama Unit Integriti Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala lumpur telah menganjurkan Kempen GO Green iaitu Program Gotong Royong EKSA Siri 3/2017 dan Program Waste Wise : Jualan Bahan Kitar semula pada 23hb Februari 2018.

Kempen ini diadakan dalam usaha memupuk kesedaran warga kerja MSWP Kuala Lumpur terhadap kepentingan amalan kitar semula terhadap pemeliharaan alam sekitar. Di samping itu, penglibatan semua zon dalam program ini sedikit sebanyak mendatangkan keuntungan kepada mereka kerana hasil jualan bahan kitar semula yang telah diperolehi mereka adalah sepenuhnya milik zon tersebut bagi tujuan penambahbaikan zon masing-masing.

Program ini dimulai dengan program Fit MSWP anjuran Unit Integriti terlebih dahulu pada sebelah pagi, kemudian disusuli aktiviti Gotong Royong warga kerja MSWP Kuala Lumpur di zon masing-masing. Sesi pengumpulan bahan kitar semula oleh setiap zon di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Aras 1 bermula seawal 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.




Sesi timbang, kira dan jual bahan kitar semula telah dijalankan pada sekitar pukul 3.00 petang dimana Jawatankuasa Promosi telah mendapatkan kerjasama dengan pengusaha barang lusuh yang pernah terlibat dengan program yang sama dianjurkan sebelum ini.
 
      



Program ini berakhir sekitar 4.15 petang disudahi dengan acara pemberian hasil (wang) jualan bahan kitar semula tersebut oleh pengusaha barang lusuh kepada Jawatankuasa Promosi untuk diserahkan kepada setiap zon. Jawatankuasa Promosi merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh wargakerja MSWP Kuala Lumpur atas kerjasama yang diberikan dan penglibatan mereka dalam bersama-sama menjayakan program Go Green MSWP Kuala Lumpur ini.