Friday 1 January 2016

KEMPEN GO GREEN [SIRI 1] - PROGRAM PENANAMAN POKOK “KELAPA MATAG” DI LANSKAP MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sejajar dengan Objektif dan Dasar EKSA untuk menjadikan dunia ini selamat dihuni dan kempen Go-Green, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi menorak langkah dan menyahut seruan kerajaan dengan menganjurkan Program penanaman pokok kelapa jenis “MATAG” di lanskap Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA serta kerjasama dengan Jawatankuasa Promosi EKSA MSWP Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan MSWP iaitu Y.A.A Datuk Mahammad bin Ibrahim. Program ini telah diadakan pada  31 Desember 2015 dan  melibatkan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai, serta kakitangan sokongan MSWP Kuala Lumpur.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dimulai dengan menjemput Y.A.A Datuk untuk merasmikan Program dengan melakukan penanaman pokok kelapa Matag. Seterusnya program diteruskan dengan menjemput YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah iaitu Y.A Tuan Ibrahim bin Deris dan Y.A Tuan Mohd Amran Bin Mat Zain, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Sokongan bagi meyempurnakan penanaman pokok kelapa tersebut.

Didalam Program ini, wargakerja MSWP Kuala Lumpur telah berjaya menanam sebanyak 20 buah pokok kelapa Matag. Kesemua anak benih pokok kelapa ini telah disumbang sepenuhnya oleh iaitu Y.A.A Datuk Mahamaad bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan merangkap Penasihat EKSA MSWP Kuala Lumpur. Benih anak kelapa tersebut dibeli ditempat semaian yang bertempat di Jabatan Pertanian di Bagan Datoh, Perak, yang terkenal dengan menghasilkan kelapa “Matag” berkualiti tinggi.


Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi dengan diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan semua yang terlibat. Pihak Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa promosi menrakamkan sekalung tahniah dan syahbas kepada semua wargakerja MSWP Kuala Lumpur dalam sama-sama menjayakan program ini dan diharap agar Kempen Go Green sebegini akan diteruskan agar bumi kita sentiasa hijau dan selamat untuk didiami.


GAMBAR PROGRAM PENANAMAN POKOK “KELAPA MATAG” DI LANSKAP MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 31 DISEMBER 2015