Saturday 20 February 2016

KEMPEN GO GREEN [SIRI 2] - HARI PENJUALAN BAHAN KITAR SEMULA

Rentetan daripada Kempen Go Green Siri 1 yang telah dilaksanakan pada 31hb Disember 2015, Jawatankuasa Promosi sekali lagi menganjurkan Kempen Go Green Siri 2 iaitu Hari Penjualan Bahan Kitar Semula. Kempen ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada wargakerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur mengenai kepentingan amalan kitar semula dalam membantu pemeliharaan alam sekitar disamping memberi keuntungan kepada setiap Zon EKSA di mana hasil setiap jualan adalah sepenuhnya milik setiap Zon bagi tujuan penambahbaikan zon masing-masing.



Justeru bagi melancarkan perjalanan kempen ini, hebahan melalui email  dan laman web MSWP telah dilakukan oleh Jawatankuasa Promosi  sebagaimana di dalam lampiran.

Program ini telah diadakan pada 19hb Disember 2016 (Jumaat), dimulai dengan sesi pertama iaitu pengumpulan bahan kitar semula oleh setiap zon EKSA di tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Promosi bermula seawal 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.







Seterusnya sesi kedua iaitu aktiviti jualan bahan kitar semula berlangsung pada pukul 2.45 petang. Jawatankuasa Promosi telah mendapatkan kerjasama pengusaha barang lusuh.


Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
1
Surat khabar lama
0.20
11
Aluminium mengikut jenis
3.50-4.00
2
Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)
0.10
12
Wayar bercampur gred A
2.00
3
Kertas hitam/putih
0.30
13
Wayar rumah
6.50
4
Plastik 1 (lembut)
0.70
14
Copper (logam)
16.50
5
Plastik 2 (keras)
0.20
15
Monitor, TV,Peti sejuk.
Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
Harga boleh runding samaada dikira besi atau plast keras.
6
Kotak
0.20
7
Besi  (logam)
0.40
8
Steel (logam)
1.00
9
Zink (tin) (logam)
0.20
10
Wayar bercampur gred B














Jadual 2 : Panduan harga bahan kitar semula










Bagi memberikan galakan kepada Setiap Zon untuk melibatkan diri di dalam Kempen ini, Jawatankuasa Promosi telah mewawarkan bahawa keputusan hasil jualan bahan kitar semula setiap Zon EKSA akan menjadi salah satu pemarkahan yang akan diambil kira bagi Pertandingan Zon Terbaik yang bakal diadakan oleh Jawatankuasa Promosi.

ZON AL-IJMAK
Bil
Item/bahan
Kuantiti (kg)
Kg/sen
Jumlah (RM)
1
BESI
176
0.25
44.00
2
KOTAK
29
0.20
5.80
3
KERTAS A4 (CAMPUR)
221
0.10
22.10
4
KERTAS A4(HITAM PUTIH)
42
0.30
12.60
5
SURAT AKHBAR LAMA
131
0.20
26.20
JUMLAH
110.70

ZON AL-QIYAS
Bil
Item/bahan
Kuantiti (kg)
Kg/sen
Jumlah (RM)
1
KOTAK
7
0.20
Oval: 41.40
2
KERTAS A4 (CAMPUR)
80
0.10
8.00
3
KERTAS A4(HITAM PUTIH)
11
0.30
3.30
4
SURAT AKHBAR LAMA
113
0.20
22.60
JUMLAH
35.30

ZON AL-ISTHISAN
Bil
Item/bahan
Kuantiti (kg)
Kg/sen
Jumlah (RM)
1
KOTAK
2
0.20
0.40
2
KERTAS A4 (CAMPUR)
22
0.10
2.20
3
KERTAS A4(HITAM PUTIH)
31
0.30
21.30
4
SURAT AKHBAR LAMA
88
0.20
17.60
JUMLAH
41.50

ZON AL-URUF
Bil
Item/bahan
Kuantiti (kg)
Kg/sen
Jumlah (RM)
1
KERTAS A4 (CAMPUR)
49
0.10
4.90
2
KERTAS A4(HITAM PUTIH)
68
0.30
20.40
3
SURAT AKHBAR LAMA
215
0.20
43.00
4
BOTOL PLASTIK
1
0.50
0.50
5
ZINK
2
0.15
0.30
JUMLAH
69.10


Jadual 2 : Keputusan hasil jualan setiap Zon.



Program berakhir sekitar 4.30 petang dengan disudahi acara pemberian hasil jualan (wang tunai) oleh Pengusaha barangan lusuh kepada Ketua Hakim MSWP, YAA Datuk Mahammad bin Ibrahim dan wakil Zon. Jawatankuasa Promosi merakamkan jutaan terima kepada seluruh wargakerja MSWP Kuala Lumpur atas penglibatan masing-masing dalam menjayakan Kempen Go Green Siri 2 ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua kerana telah menjadi salah seorang warga yang prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar. Semoga amalan kitar semula ini berterusan dari semasa ke semasa.