Saturday 1 August 2015

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SLOGAN EKSA MSWP




Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini.

Sehubungan itu, buat julung-julung kalinya pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah melancarkan logo dan slogan EKSA yang baharu bagi menggantikan logo dan slogan amalan 5S yang diamalkan sebelum ini. Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Mahammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Persidangan MSWP Kuala Lumpur pada 31hb Julai 2015.





Majlis turut dihadiri oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan-tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-pegawai Kanan seterusnya kakitangan mahkamah MSWP Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini adalah hasil usaha Jawatankuasa Unit Promosi EKSA yang telah menganjurkan pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA bagi mengcungkil bakat terpendam dan kreativiti yang ada dikalangan pegawai dan kakitangan di MSWP Kuala Lumpur bermula pada 15 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Untuk memudahkan penjurian, maka satu jawatankuasa penilai telah dilantik dalam pertandingan ini. Ia diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendaftar dan Pendaftar MSWP. 




Pertandingan yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Hasil penelitian melalui juri telah mendapati bahawa hasil kreativiti Puan Nurhidayah binti Zulkipli, Pembantu Syariah, Dewan 8, Mahkamah Rendah Syariah MSWP telah terpilih dan memenangi bagi kategori Logo EKSA, MSWP. Manakala bagi kategori Slogan EKSA MSWP telah dimenangi oleh Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Kanan dari Seksyen Sulh, MSWP dengan slogannya “Persekitaran Konduksif, Perkhidmatan Produktif”. Selain itu YAA Datuk, Ketua Hakim Syarie MSWP turut menyampaikan hadiah berupa wang tunai berserta sijil kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat. 


Pemenang kategori Logo EKSA              Pemenang kategori slogan EKSA





Diakhir majlis pelancaran tersebut, satu persembahan montaj telah dipaparkan kepada semua para hadirin bagi menyeramakkan lagi semangat kerjasama dan kesepakatan dikalangan kakitangan MSWP dalam mengamalkan amalan persekitaran yang kreatif dan kondusif selari dengan matlamat jabatan.