Tuesday 21 April 2015

Gotong Royong Perdana MSWP Bil.1/2015



Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan menambah baik pelaksanaan amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini. Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dikalangan agensi-agensi sektor awam.


Sehubungan itu buat julung-julung kalinya Jawatan Kuasa Promosi EKSA telah menganjurkan Gotong Royong Perdana EKSA peringkat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kali pertama pada 17hb April 2015. Gotong royong ini bertujuan untuk menyisihkan semua element-element 5S sebelum ini yang lebih kepada imej “keanak-anakan” kepada imej yang korporat.



Program ini telah melibatkan seluruh warga kerja MSWP Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Ketua Jabatan iaitu YAA. Datuk Mahammad bin Ibrahim. Jawatan Kuasa pelaksana EKSA MSWP Kuala Lumpur telah mengekalkan empat zon 5S terdahulu iaitu Zon Ijma’, Zon Qiyas, Zon Ikhtisan dan Zon ‘Uruf. 



Aktiviti gotong royong perdana ini dimulai dengan perasmian oleh YAA. Datuk Mahamad bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan dan seterusnya agihan tugasan oleh setiap Ketua Zon kepada ahli zon masing-masing. Gotong royong ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dan jamuan makan telah disediakan oleh pihak Jabatan untuk semua warga kerja MSWP Kuala Lumpur.