Monday 14 December 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MSWPKL SIRI KEDUA BAGI TAHUN 2015

Susulan dari Gotong-Royong Perdana Eksa siri pertama yang dijalankan pada bulan April yang lalu, Jawatan Kuasa Promosi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana EKSA siri kedua pada 11hb Disember 2015.




Program ini telah melibatkan semua warga kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Ketua Jabatan iaitu YAA. Dato’ Mahammad bin Ibrahim. 

Sasaran Gotong Royong kali ini  masih tertumpu kepada penyisihan semua element 5S yang masih lagi terdapat di setiap zon termasuk logo 5S terdahulu. Selain itu, gotong royong ini juga turut menyasarkan kepada setiap zon untuk meningkatkan tahap kesedaran “Go-Green” dengan langkah mengasingkan kertas-kertas dan barangan-barangan yang boleh dikitar semula. Setiap zon diarahkan untuk menyedia satu sudut “Go-Green” dan tempat pengumpulan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. 




GAMBAR AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA EKSA MSWPKL SIRI KEDUA TAHUN 2015











Saturday 1 August 2015

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SLOGAN EKSA MSWP




Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini.

Sehubungan itu, buat julung-julung kalinya pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah melancarkan logo dan slogan EKSA yang baharu bagi menggantikan logo dan slogan amalan 5S yang diamalkan sebelum ini. Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Mahammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Persidangan MSWP Kuala Lumpur pada 31hb Julai 2015.





Majlis turut dihadiri oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan-tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-pegawai Kanan seterusnya kakitangan mahkamah MSWP Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini adalah hasil usaha Jawatankuasa Unit Promosi EKSA yang telah menganjurkan pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA bagi mengcungkil bakat terpendam dan kreativiti yang ada dikalangan pegawai dan kakitangan di MSWP Kuala Lumpur bermula pada 15 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Untuk memudahkan penjurian, maka satu jawatankuasa penilai telah dilantik dalam pertandingan ini. Ia diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendaftar dan Pendaftar MSWP. 




Pertandingan yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Hasil penelitian melalui juri telah mendapati bahawa hasil kreativiti Puan Nurhidayah binti Zulkipli, Pembantu Syariah, Dewan 8, Mahkamah Rendah Syariah MSWP telah terpilih dan memenangi bagi kategori Logo EKSA, MSWP. Manakala bagi kategori Slogan EKSA MSWP telah dimenangi oleh Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Kanan dari Seksyen Sulh, MSWP dengan slogannya “Persekitaran Konduksif, Perkhidmatan Produktif”. Selain itu YAA Datuk, Ketua Hakim Syarie MSWP turut menyampaikan hadiah berupa wang tunai berserta sijil kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat. 


Pemenang kategori Logo EKSA              Pemenang kategori slogan EKSA





Diakhir majlis pelancaran tersebut, satu persembahan montaj telah dipaparkan kepada semua para hadirin bagi menyeramakkan lagi semangat kerjasama dan kesepakatan dikalangan kakitangan MSWP dalam mengamalkan amalan persekitaran yang kreatif dan kondusif selari dengan matlamat jabatan.


Friday 3 July 2015

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN EKSA


Jawatan Kuasa Promosi telah menganjurkan satu pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP KL) bagi menggantikan logo dan slogan amalan 5S terdahulu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengcungkil bakat terpendam dan daya kreativiti dikalangan pegawai dan kakitangan MSWP KL. Penyertaan ini telah dibuka kepada seluruh warga kerja MSWP KL bermula pada 15hb Jun 2015 dan berakhir pada 30hb Jun 2015.


Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kerja MSWP KL. Jawatan Kuasa Promosi telah menerima beberapa reka bentuk logo dan slogan daripada 6 orang peserta dan antara reka bentuk dan slogan yang diterima adalah seperti berikut :-


      


Tuesday 21 April 2015

Gotong Royong Perdana MSWP Bil.1/2015



Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan menambah baik pelaksanaan amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini. Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dikalangan agensi-agensi sektor awam.


Sehubungan itu buat julung-julung kalinya Jawatan Kuasa Promosi EKSA telah menganjurkan Gotong Royong Perdana EKSA peringkat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kali pertama pada 17hb April 2015. Gotong royong ini bertujuan untuk menyisihkan semua element-element 5S sebelum ini yang lebih kepada imej “keanak-anakan” kepada imej yang korporat.



Program ini telah melibatkan seluruh warga kerja MSWP Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Ketua Jabatan iaitu YAA. Datuk Mahammad bin Ibrahim. Jawatan Kuasa pelaksana EKSA MSWP Kuala Lumpur telah mengekalkan empat zon 5S terdahulu iaitu Zon Ijma’, Zon Qiyas, Zon Ikhtisan dan Zon ‘Uruf. 



Aktiviti gotong royong perdana ini dimulai dengan perasmian oleh YAA. Datuk Mahamad bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan dan seterusnya agihan tugasan oleh setiap Ketua Zon kepada ahli zon masing-masing. Gotong royong ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dan jamuan makan telah disediakan oleh pihak Jabatan untuk semua warga kerja MSWP Kuala Lumpur.












Thursday 8 January 2015