Jawatan
Kuasa Promosi telah menganjurkan satu pertandingan mencipta logo dan slogan
EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP KL) bagi
menggantikan logo dan slogan amalan 5S terdahulu. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk mengcungkil bakat terpendam dan daya kreativiti dikalangan pegawai dan
kakitangan MSWP KL. Penyertaan ini telah dibuka kepada seluruh warga kerja MSWP
KL bermula pada 15hb Jun 2015 dan berakhir pada 30hb Jun 2015.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada warga kerja MSWP KL. Jawatan Kuasa Promosi telah menerima
beberapa reka bentuk logo dan slogan daripada 6 orang peserta dan antara reka
bentuk dan slogan yang diterima adalah seperti berikut :-